Cara Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Dalam Belanjawan 2021, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan mengumumkan yang Bantuan Warga Emas atau Bantuan Ke...


Dalam Belanjawan 2021, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan mengumumkan yang Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua telah dinaikkan daripada jumlah RM350 yang diberikan sebelum ini.

 

Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua ini adalah bantuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Bantuan ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan bertujuan membantuan warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

 

SIAPAKAH YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI WARGA EMAS?

Di Malaysia, warga emas atau orang ialah mereka yang berumur 60 tahun atau 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

 

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS PERMOHONAN

  1. Mestilah Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

  2. Warga emas yang berumur 60 tahun atau 60 tahun ke atas;

  3. Pendapatan Isi Rumah mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata miskin Per Kapita Semasa;

  4. Mestilah warga emas bukan tinggal di:
    Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); atau
    Pusat jagaan harian/ perkhidmatan secara percuma/ berkediaman yang memberi kemudahan;

    ATAU

  5. Mana mana kes berkeperluan, layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dibawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

CARA MEMOHON BANTUAN

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh memohon secara atas talian (online):

 

  1. Sila Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Tekan butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Sila masukkan negeri, tempat tinggal & no kad pengenalan;
  4. Setelah selesai isi, sila klik butang ‘Daftar';
  5. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang anda telah pohon dalam tempoh (14) hari dari permohonan dibuat diatas talian. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, sistem akan membatalkan permohonan anda secara automatik. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT09
  6. Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan.

 

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUAKAN

  1. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
  2. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  3. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  4. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  5. Salinan penyata gaji (jika ada)
  6. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Segala pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di:

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

 

Telefon : 03 - 8000 8000

Faks : 03 - 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

 

Sila sebarkan dan kongsi kepada maklumat permohonan ini kepada orang ramai agar lebih ramai orang mengetahui dan lebih ramai yang dapat dibantu. Terima kasih.

 

 

 

Related

Bantuan 3371844390123714623

Post a Comment

  1. Sya alivor,berasal dari sabah.ibu Sya sdh berumur 76 tahun.tetapi JKM tidak meluluskan permohonan bantuan warga emas.sya bukan dari keluarga orang kaya.sya sendiri warga oku

    ReplyDelete

Terima Kasih

emo-but-icon

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item