TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA KEDUA DAN JUMLAH BAKI YANG AKAN DITERIMA

  Ramai di antara masyarakat Malaysia yang masih tertanya-tanya tentang bantuan BPR Fasa kedua iaitu mengenai tarikh pembayaran dan jumlah b...


 

Ramai di antara masyarakat Malaysia yang masih tertanya-tanya tentang bantuan BPR Fasa kedua iaitu mengenai tarikh pembayaran dan jumlah baki yang akan diterima oleh mereka. Kita sudah sedia maklum dan telah pun menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa pertama yang telah dikreditkan bermula 24 febuari lalu. Jadual pembayaran BPR ini juga adalah mengikut kategori yang sudah ditetapkan. Kini kita sedang menunggu untuk pembayaran BPR fasa kedua pula.

 

APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

 

TARIKH PEMBAYARAN

Seperti yang dinyatakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) / Kementerian Kewangan, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Kedua dijangka akan bermula pada awal bulan Mei 2021 ini. 

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2

Baki pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk Fasa Kedua ini adalah berbeza mengikut kategori termasuklah mereka yang berada dalam kategori Bujang, Isi Rumah, dan serta bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga.

 

Jumlah bayaran untuk bantuan ini BPR adalah seperti yang di nyatakan dalam gambar di bawah:

 


Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama adalah seperti jumlah bayaran yang di tunjukkan di bawah:

 

Kategori Isi Rumah : RM300

Kategori Bujang: RM150

 

Kepada anda yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama, anda boleh hubungi terus pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah.

 

Cara Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2:

  1. Sila layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login dan gunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Klik butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

 

Sebarang pertanyaan & info lanjut boleh terus ke:

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

 

Sila sebarkan dan kongsi maklumat ini agar lebih ramai yang memahami dan tahu mengenai maklumat bantuan BPR dan tidak terlepas tentang maklumat ini. Ramai diantara kita yang mengalami masalah terjejasnya pendapatan, perniaan, aktiviti harian, termasuklah terjejasnya keadaan ekonomi kita di Malaysia akibat dari pandemic Covid-19 ini. Kita berharap dengan bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diberikan ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin dan dapat membantu kita terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 ini. Semoga semua rakyat Malaysia terus bersabar dan terus berdoa agar masalah pandemik Covid-19 ini cepat berakhir dan dunia kembali pulih seperti sedia kala.

Related

Bantuan 3931804884513830710

Post a Comment

Terima Kasih

emo-but-icon

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item