Bantuan Kewangan RM500 BKP Dibayar Mulai Esok - Semak Status

  Selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), terdapat satu lagi bentuk bantuan yang diberikan kerajaan di bawah p...


 

Selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), terdapat satu lagi bentuk bantuan yang diberikan kerajaan di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) iaitu Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

 

Bantuan sebanyak RM500 ini diberikan kepada individu yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO. Bantuan ini akan diberikan kepada 870,000 individu hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.

 

Baca juga:

Bantuan RM250 Sebulan Seorang BAP

Bantuan Sehingga RM2,500 Keluarga Malaysia

BKC Fasa 2 - Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia


Pada kenyataan yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob 26 september lalu, terdapat beberapa bentuk bantuan yang akan diberikan termasuklah BKP yang akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.

 

Untuk makluman, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Bantuan BKP sebanyak RM500 yang dibayar secara ‘one-off’ akan diberikan mulai esok, 26 Oktober 2021 (Selasa).

 

SEMAKAN STATUS KELULUSAN BKP

Anda boleh buat semakan status kelulusan BKP anda mulai esok (26 Oktober) di laman semakan di pautan berikut:

https://bkp.hasil.gov.my


Ismail Sabri berkata semoga bantuan ini serta bantuan tunai yang lain yang diberikan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan BKP ini, anda boleh terus rujuk di portal rasmi BKP di pautan berikut:

https://bkp.hasil.gov.my

 

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia


Sumber: bharian


Nota Penting: Kami dari pihak Info Media Semasa tidak akan bertanggungjawab atas komen-komen yang ditinggalkan pembaca kami. Segala jenis komen yang dapat menimbulkan isu atau kontroversi, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

 

Related

Bantuan 7084751870742108798

Post a Comment

  1. Saya berhenti kerja bulan 3 tapi saya tak dapat bkp.... lepas saya henti kerja bulan 3...saya duduk rumah je tapi pergi kerja sebab COVID-19

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana pilih kasih kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa mahu terima kasih sama kerajaan,pilih kasih ada lah,saya dah berapa tahun tak kerja,tak patut tak dapat BKP,mungkin pihak KWSP tak nampak caruman saya barangkali

      Delete
  3. Saya tada keja saya punya suami pun tadak kerja

    ReplyDelete
  4. Tue duit bkp bkn semuanya dpt klu suami kja sendiri x ada carum kwsp sma perkeso mcm mna nmpk sgt kerajaan pilih kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la....nanti time undi pandai pandai la Kita fikir juga nk pilih siapa senang he,sebab drg pun Tak kan fikir org mcm Kita,

      Delete
  5. kenapa mesti kwsp dan socso dpt bantuan mcm rakyat yg tak pernah ada buat kwsp atau socso? tolong jgn pilih kasih saya hidup cukup2 makan ikat perut hingga hujung bulan. Sedih saya mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya Dan saya Tak kerja

      Delete
    2. Sya tiada kerja sejak bulan 6 mcm Mana,samapi skg tiada kerja...Tak Adil la mcm ni

      Delete
  6. Sya berjanji kalau sya tk dpt,sya Tak kan undi kerajaan ini,,,sumpah

    ReplyDelete
  7. Berhenti kerja sejak mei 2021. Kesian x dapat. Yg sedang kerja ada caruman dapat pulak ๐Ÿฅด terima kasih laaa

    ReplyDelete
  8. Macamana peniaga kecil tepi jalan yang bukan saja hilang pendapatan,modai pun hanyut,apa saya tak layakka dapat bkp???.Nak mengkedaghah pun takdak.Harap bantuan bulan sept rm500, apa boleh cukup. belanja sampai bulan nov???.Menteghi peduli apa sebulan cekak berpuluh ribu,itu belum gagau kiri kanan.Saya warga emas,klw nak gheja oghang dah takmau,konon ada bantuan untuk warga emas rm500 melalui JKM,hampaih pun takdak.sembang deghaih!!!

    ReplyDelete
  9. Bkc pun dapt utk bujang ja..rm200..padahal saya dah anak 6..anak sorang je keje..sorang OKU
    Kerajaan check system mcmna..anak 6 pi buat bujang

    ReplyDelete
  10. Suami saya pun x de kwsp , berniaga kecil- kecilan kadang ade kadang x de...kerajaan harus pertimbangkan orang2 mcm kami..

    ReplyDelete
  11. Kita yg keje sediri ni mna kerajan nk pandang...kitakn tak cukaiiiii

    ReplyDelete
  12. Semua ni penipu pa bantuan pun x pernah dapat tukaq kerajaan lepas ni

    ReplyDelete
  13. Assalammulaikum hari ini 27hb10 saya pergi ke BSN untuk mengambil bantuan kehilangan kerja tapi pihak bank kata ditangguhkan sehingga Diberitahu.boleh tak sesiapa bagi pencerahan berkaitan ini.terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Yg bekerja sendiri tapi hilang punca pendapatan pulak bagaimana?kenapa tidak dapat?

    ReplyDelete
  15. Umur dah 70, ahli muzik orkestra (kontrak) dah tak bekerja sejak 2012 sbb dh melepasi 60thn dan kontrak luput... tak layak menerima BKP? cmne tu

    ReplyDelete
  16. Baca macam2 bantuan bila semak status habuk pun tarak

    ReplyDelete
  17. Mengikut cakap PM setiap keluarga akan dapat reality nya takda

    ReplyDelete
  18. Saya pun kecewa juga.sepatutnya kena bagi sama rata..apa yg saya nampak perut busuk...kalau hati kita elok.putih bersih hidup kerana allah.dia sanggup berkorban untuk rakyat dunia akhirat...

    ReplyDelete

Terima Kasih

emo-but-icon

Total Pageviews

Facebook

Info Semasa

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item