Bantuan Kewangan Untuk Kanak-Kanak

  Kanak-kanak merupakan satu golongan atau generasi yang bakal menggantikan tempat kita pada masa akan datang. Tanggungjawab sebagai ibu bap...


 

Kanak-kanak merupakan satu golongan atau generasi yang bakal menggantikan tempat kita pada masa akan datang. Tanggungjawab sebagai ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak ini adalah amat penting terutamanya dalam aspek penjagaan dengan penuh kasih sayang serta memberi didikan yang sebaiknya buat mereka.

 

Pihak kerajaan juga amat prihatin dalam memikirkan tentang masalah dan isu yang berkaitan dengan kanak-kanak termasuklah dalam hal-hal pendidikan kanak-kanak, gaya hidup, keperluan dan sebagainya. Oleh itu, banyak inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dalam menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan golongan kanak-kanak ini.

 

Baca juga:

Bantuan RM500anak pelihara

BantuanRM100 sebulan

Bantuan BKP Oktober 2021

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia 


Untuk makluman, menerusi Skim Bantuan Kebajikan yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM, anda juga boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dengan kadar sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000 sebulan.

 

TUJUAN BANTUAN

Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat.

Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

 

KADAR BANTUAN

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isu Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kank yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Mana-man kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon, anda perlu lengkapkan borang yang berkaitan dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, anda diminta untuk membawa dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18Borang Permohonan Bantuan

JKM 20Borang Kaji Semula Bantuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, anda boleg rujuk di portal rasmi JKM di pautan berikut:

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php


Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

 

Related

Bantuan 990816885009552700

Post a Comment

Terima Kasih

emo-but-icon

Total Pageviews

Facebook

Info Semasa

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item