Bantuan RM100 Sehari Kuarantin ~ Semakan & Kaedah Memohon
Tahukah anda yang anda boleh memohon bantuan RM100 sehari menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekiranya memenuhi syarat kela...

Tahukah
anda yang anda boleh memohon bantuan RM100 sehari menerusi Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA) sekiranya memenuhi syarat kelayakan memohon. Bantuan RM100
sehari ini diberikan kepada pemohon yang layak maksimum sehingga 14 hari.
Sekiranya
anda atau orang disekeliling mengalami kehilangan sumber pendapatan atau tidak
dibayar gaji kerana perintah kuarantin Covid-19 atau menjalani rawatan Covid-19
di wad hospital, anda boleh membuat permohonan. Walaubagaimanapun, sila baca
syarat dan cara permohonan terlebih dahulu. Bantuan ini adalah Bantuan Khas COVID-19.
"Tak Sangka Dapat".-Netizen ~ BKP
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
KADAR BANTUAN
Kadar
bantuan adalah RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one-off) tertakluk
kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatia atau;
Menjalani
rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) untuk merawat Covid-19 (Warded).
Bantuan ini
hanya diberikan sekali sahaja dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana:
- Menerima Perintah Kuarantin Covid-19 dari KKM atau;
- Menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital.
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
- Bukan Warganegara Malaysia.
- Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunya pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (Warded) ekoran COVID-19.
CARA PERMOHONAN
1) Muat turun dan lengkapkan borang dan surat berikut:
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C)
2) Sertakan Dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM atau Discharge Note/ Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19.
- Salinan muka depan penyata bank/ buku akaun bank yang masih aktif.
3) Hantar Permohonan Lengkap Ke Alamat Berikut:
i. Melalui pos kepada:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
ATAU
ii. Secara Online di: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT)
kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan
dokumen permohonan yang lengkap.
SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19
Anda boleh membuat semakan status di pautan berikut:
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19, anda
boleh rujuk di portal rasmi NADMA di Pautan Berikut:
https://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/info-bantuan-khas-covid-19
Sumber: NADMA
Nota Penting: Kami dari pihak Info Media Semasa tidak akan bertanggungjawab atas komen-komen yang ditinggalkan pembaca kami. Segala jenis komen yang dapat menimbulkan isu atau kontroversi, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.