Bantuan RM300 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Kelayakan


Bantuan ini merupakan bantuan yang diberikan melalui program PRIHATIN kasih yang di laksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah. Program PRIHATIN Kasih ini juga adalah salah satu initiatif yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan EKONOMI (PEMERKASA).

 

Tujuan bantuan Program PRIHATIN Kasih ini dilaksakan adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Baca juga:

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

 

PROGRAM PRIHATIN KASIH

Bantuan yang disalurkan melalui program ini adalah dalam bentuk pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad kepada golongan yang layak terutamanya golongan isi rumah miskin bandar.

 

Penerima yang layak akan diberikan bantuan sebanyak RM100 sebulan menerusi akaun MyKad yang diberikan selama 3 bulan. Menerusi initiatif ini, penerima yang layak boleh memanfaatkan amaun yang diberikan untuk membeli barangan keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

 

LOKASI PEMBELIAN BOLEH DIBUAT

Berikut adalah senarai kedai dan pasar raya yang boleh dimanfaatkan penerima menerusi program PRIHATIN Kasih ini. Terdapat dalam 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara yang boleh dimanfaatkan oleh penerima termasuklah:

  • Giant
  • Mydin
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

 

BULAN PELAKSANAAN

Julai - September 2021 (Selangor & Kuala Lumpur)

Ogos – Oktober 2021 (Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu.

September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 (Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak)

 

SEMAKAN KELAYAKAN

 

Untuk semak kelayakan, anda boleh semak terus di laman rasmi semakan. Sila klik ‘SEMAKAN’ di bawah.

➪SEMAKAN

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, anda boleh terus rujuk di laman rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/


Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia


Nota Penting: Kami dari pihak Info Media Semasa tidak akan bertanggungjawab atas komen-komen yang ditinggalkan pembaca kami. Segala jenis komen yang dapat menimbulkan isu atau kontroversi, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.