Bantuan RM500 BKP PEMULIH ~ Semak Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan l
Selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), terdapat satu lagi bentuk bantuan yang diberikan kerajaan di bawah...

Selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas
Covid-19 (BKC), terdapat satu lagi bentuk bantuan yang diberikan kerajaan di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan
Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) iaitu Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).
Bantuan ini sebanyak RM500 ini diberikan kepada pekerja yang
kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO. Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.
Baca juga:
BKC Fasa 2 – Miskin Tegar, B40 & M40
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
TARIKH BAYARAN
Dijangka pada bulan Oktober ini.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan l, YB Shahar
Abdullah menerusi platform media sosial beliau, beliau berkata Bantuan
Kehilangan Pendapatan (BKP) ini dijangka akan disalurkan pada Oktober ini.
CARA PERMOHONAN
Untuk makluman, bantuan ini ditidak memerlukan proses
permohonan, pemberian akan diberikan kepada mereka penerima yang layak menerusi
data daripada KWSP atau PERKESO.
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
Berita terkini bekenaan bantuan akan kami kemas kini di sini. Sila kongsikan maklumat ini kepada orang ramai agar ramai yang tidak terlepas mengenai info terkini Bantuan Kehilangan Pendapatan atau BKP.