Bantuan Rumah Kediaman, Kadar Sewaan RM124 Sebulan

Tahukah anda, melalui Portal TEDUH dibawah kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, anda boleh mendapatkan rumah atau tempat untuk berte...



Tahukah anda, melalui Portal TEDUH dibawah kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, anda boleh mendapatkan rumah atau tempat untuk berteduh dengan kadar sewaan serendah RM124 sebulan sahaja. Inisiatif yang dimaksudkan adalah inisiatif yang dikenali sebagai Rumah Ikram KPKT.

 

Menerusi inisiatif ini, mereka yang kehilangan pendapatan, mengalami kekurangan pendapatan, atau kehilangan pekerjaan akibat kesan daripada pandemik Covid-19 sehingga terpaksa meninggalkan rumah kediaman kerana tidak mampu lagi membayar sewa tinggi, dihalau dari rumah sewa dan seumpamanya, anda boleh lah memohon Inisiatif RUMAH IKRAM KPKT ini.


Baca juga:

Bantuan RM500 Warga Emas ~ Cara Permohonan

Bantuan RM500 BKP 

Bantuan RM300 Rakyat Malaysia

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia


Inisiatif ini juga adalah satu bentuk keprihatinan pihak kerajaan dalam menyediakan tempat kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik covid-19.

 

TUJUAN

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19.
  • Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

 

PROJEK

Berikut adalah projek perumahan yang terlibat:

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

 

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Berikut adalah ciri-ciri rumah kediaman PPR:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan -  3 bilik tidur, 1 ruamh tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air
  • Kemudahan asas:
    • Dewan komuniti/Ruang orang ramai
    • Surau/Ruang solat
    • Gerai makan/Ruang niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah sampah

 

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan adalah mereka daripada golongan B40 yang terkesan akibat pandemic COVID-19 serta memenuhi syarat berikut:

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun keatas
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

 

Sumber: kpkt


CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Buka Portal Rasmi TEDUH - https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-keluarga-malaysia
  2. Klik pada ‘Lihat Senarai Projek’
  3. Pilih rumah PPR yang anda ingin mohon
  4. Klik ‘MOHON DI SINI’ untuk permohonan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan permuhan kerajaan di bawah TEDUH, anda boleh rujuk di Portal rasmi TEDUH di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/

 

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

 

 

Related

Bantuan 9146550394432912724

Post a Comment

Terima Kasih

emo-but-icon

Total Pageviews

Facebook

Info Semasa

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item