Bantuan Sehingga RM500 Sebulan Seorang - BAP
Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah satu bentuk skim bantuan yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kadar bantuan adal...

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah satu bentuk skim bantuan yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kadar bantuan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Baca juga:
BKP RM500 'One-off' Dibayar Mulai Esok
BKC Fasa 2 - Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran
BPR Tambahan Bulan Oktober 2021
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
BORANG YANG BERKAITAN :
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
CARA PERMOHONAN
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (Jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, and boleh terus rujuk di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pautan berikut: Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
Sumber:JKM
Nota Penting: Kami dari pihak Info Media Semasa tidak akan bertanggungjawab atas komen-komen yang ditinggalkan pembaca kami. Segala jenis komen yang dapat menimbulkan isu atau kontroversi, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.
U are also the best
ReplyDelete