Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan ~ Cara Permohonan

Warga emas merupakan golongan yang harus kita hormati dan sanjungi kerana mereka lah diantara golongan yang telah melahirkan generasi kita p...



Warga emas merupakan golongan yang harus kita hormati dan sanjungi kerana mereka lah diantara golongan yang telah melahirkan generasi kita pada hari ini. Tanpa orang tua, kita tidak akan dapat melangsungkan kehidupan dan mencapai kejayaan seperti yang kita perolehi pada hari ini. Oleh itu, kita sebagai warga yang bertanggungjawab wajib menjaga dan menghormati mereka sebagai orang yang pernah mendidikan kita sehingga ke hari ini.

 

Pihak kerajaan juga turut mengambil berat tentang keprihatinan mereka terhadap golongan orang tua atau warga emas terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan. Oleh itu, golongan orang tua atau warga emas yang kurang berkemampuan ini layak untuk diberikan bantuan agar dapat membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

 

Baca juga:

Bantuan RM500 BKP – Oktober 2021

Kemas Kini Akaun BKC

Bantuan RM100 Sebulan selama 3 bulan

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

 

Antara bantuan yang boleh didapatkan khusus kepada golongan warga emas yang bekelayakan adalah Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

TUJUAN BANTUAN

Bantuan Ini diberikan adalah untuk membantu golongan warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

 

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan adalah sebanyak RM500 sebulan seorang

 

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1) Warganegara & Bermastautin di Malaysia

2) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

3) Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa

3) Warga emas yang bukan tinggal di:

  • Institusi kendali JKM;
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma;

ATAU

4) Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon, anda perlu lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Jajahan / Bahagian. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, sila sediakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal Bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal Bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai bantuan JKM, anda boleh terus hubungi pihak JKM melalui portal rasmi JKM- KLIKDI SINI


Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

 



 

Related

Bantuan 8115916982313238684

Post a Comment

Terima Kasih

emo-but-icon

Total Pageviews

Facebook

Info Semasa

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item