Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 1 November ini ~ Bajet 2022
Pada pukul 4.00 pm hari ini (29 Oktober 2021, Jumaat), Menteri Kewangan Malaysia YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz membentangkan Baje...

Pada pukul
4.00 pm hari ini (29 Oktober 2021, Jumaat), Menteri Kewangan Malaysia YB Tengku
Datuk Seri Utama Zafrul Aziz membentangkan Bajet 2022 dalam siaran langsung
Pembentangan Bajet 2022 di Parlimen Malaysia. Dalam Pembentangan tersebut terdapat
beberapa bentuk bantuan yang diperkenalkan oleh Menteri Kewangan Malaysia.
Salah satu
bantuan yang diperkenalkan oleh beliau termasuklah pemberian diskaun bayaran
balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ini adalah
berita baik buat peminjam PTPTN khususnya kepada golongan pelajar.
Baca juga:
Bantuan RM500 BKP~ Individu Kehilangan Pendapatan
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN
Dalam Pembentangan
Bajet 2022 ini, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik
PTPTN dengan peratusan berikut:
- 15% diskaun bagi bayaran baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- 12% diskaun bagi sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
TEMPOH PERLAKSANAAN
Bermula 1
November 2021 hingga 30 April 2022
Semoga
kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dapat meringankan beban rakyat
terutamanya kepada peminjam PTPTN.
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
Sumber: bharian
Nota Penting: Kami dari pihak Info Media Semasa tidak akan bertanggungjawab atas komen-komen yang ditinggalkan pembaca kami. Segala jenis komen yang dapat menimbulkan isu atau kontroversi, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.