"Dunia Seni Hari Ini Kehilangan Sebutir Bintang" - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang penerbit serta pengarah tersohor tanah air iaitu Allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid ...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang penerbit
serta pengarah tersohor tanah air iaitu Allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid
atau dikenali dengan panggilanMamat Khalid.
Pemergian beliau pasti memberi impak besar terhadap dunia
seni Malaysia serta masyarakat Malaysia sendiri. Rasa sedih terhadap kehilangan
beliau juga pasti turut dirasakan oleh para rakan artis serta peminat Allahyarham.
Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob juga turut menzahirkan rasa sedihnya terhadap kehilangan sutradara
berkenaan.
Menerusi perkongsian di twitter, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan sebutir bintang dalam dunia seni.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 24, 2021
Alfatihah
Dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid, yang meninggal dunia sekitar jam 12.30 pagi tadi. pic.twitter.com/vUeM2KPzjv
“Dunia seni hari ini kehilanga sebutir bintang dengan
pemergian Allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid atau dikenali sebagai Mamat
Khalid, yang meninggal dunia sekitar jam 12.30 pagi tadi” katanya.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah buat
Allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Sumber: gempak, Ismail Sabri