Faedah Sumbangan RM480 Untuk Suri Rumah

  Untuk makluman, salah satu insentif yang boleh didapati menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah insentif yang dikenali sebag...


 

Untuk makluman, salah satu insentif yang boleh didapati menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah insentif yang dikenali sebagai i-Suri. Menerusi insentif ini, golongan suri rumah yang layak boleh menerima sumbangan kerajaan RM480 serta faedah yang lain.

 

Tujuan i-Suri adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Oleh itu, disini kami ingin kongsikan maklumat mengenai i-Suri yang boleh dimanfaatkan oleh golongan suri rumah yang berkelayakan.

 

Dengan adanya insentif i-Suri, golongan suri rumah kini boleh mencarum di KWSP dengan faedah-faedah tertentu.

 

Baca juga:

BantuanRM300 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Kelayakan

BKC Fasa 2 ~ Miskin Tegar, B40 & M40

BantuanRM500 Anak Pelihara

Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

 

FAEDAH i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan kematian RM2,500

**tertakluk kepada terma & syarat KWSP

 

GOLONGAN YANG BOLEH MENCARUM

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

 

CARA & SALURAN BAYARAN

Berikut adalah cara serta saluran bayaran boleh dibuat: KLIK DI SINI

  • Perbankan Internet
  • Kaunter Ejen Bank
  • Ejen Bank Berdaftar
  • Kaunter KWSP

 

HAD BAYARAN

  • Minimun (RM sahaja)

Tiada had

 

  • Maksimum (RM sahaja)

RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

 

APA YANG ANDA PERLUKAN

  • MyKad
  • Bayaran i-Suri boleh dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 6A(2) jika bayaran dibuat di kaunter ejen Bank atau kaunter KWSP.



 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Suri, anda boleh terus rujuk di laman rasmi i-Suri KWSP di pautan berikut: 

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri


Lebih banyak lagi info-info bantuan di ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia


Related

Bantuan 3336942781458549942

Post a Comment

Terima Kasih

emo-but-icon

Total Pageviews

Facebook

Info Semasa

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item