Rayuan Temu Duga Guru One-Off 2021 ~ SPP
Baru-baru ini, keputusan panggilan temu duga bagi permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-off telah pun di...

Baru-baru ini,
keputusan panggilan temu duga bagi permohonan Pengambilan Khas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-off telah pun dikeluarkan dan boleh
disemak pemohon untuk beberapa fasa semakan. Oleh itu, graduan dan bakal graduan yang
mempunya ikhtisas Pendidikan di seluruh Malaysia boleh lah membuat semakan
panggilan temu duga mereka.
Bagi mereka
yang tidak dipanggil temu duga masih boleh untuk mengemukakan rayuan selepas
panggilan temu duga Fasa tiga (3) dikeluarkan nanti. Namun, rayuan hanya akan
dibuka untuk opsyen-opsyen yang mempunyai kekosongan dan terhad kepada mereka
yang memohon opsyen berkenaan sahaja.
Baca juga:
BantuanRM300 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Kelayakan
BPR Tambahanbulan Oktober 2021
Faedah
Sumbangan RM480 & Lain-lain Faedah Untuk Golongan Suri Rumah
Lebih banyak lagi info-info bantuan di 👉https://t.me/kerjasemasamalaysia
Untuk
makluman juga, temu duga Fasa Tiga (3) akan dijadualkan berlangsung pada awal November
2021 melibatkan 31 opsyen termasuklah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Reka
Bentuk Teknologi.
TARIKH RAYUAN DIBUKA
- Menurut kenyataan daripada Pihak SPP, rayuan boleh dibuat selepas panggilan temu duga Fasa Tiga (3) dikeluarkan.
SYARAT PERMOHONAN RAYUAN
- Graduan dan bakal graduan yang mempunyai ikhtisas Pendidikan.
- Rayuan akan dibuka hanya untuk opsyen-opsyen yang masih mempunyai kekosongan dan terhad untuk pemohon-pemohon yang telah memohon opsyen-opsyen berkenaan sahaja.
CARA MEMBUAT RAYUAN
Proses
permohonan rayuan akan diumumkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan (SPP) nanti.
KENYATAAN MEDIA
Berikut adalah
kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SPP berkenaan rayuan temu duga Guru tahun
2021:
Sumber: Facebook SPP