Permohonan Bantuan RM600 Sebulan ~ Cara Permohonan

  Info Bantuan Kerajaan ๐Ÿ‘‰ https://t.me/kerjasemasamalaysia Untuk makluman,di sini terdapat satu bentuk bantuan yang boleh dimohon oleh mere...

 


Info Bantuan Kerajaan ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia

Untuk makluman,di sini terdapat satu bentuk bantuan yang boleh dimohon oleh mereka yang layak dengan jumlah RM600 sebulan selama 6 bulan. Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan ini selaras dengan apa yang telah termaktub dalam Belanjawan 2021.

 

Anda boleh rujuk maklumat bantuan seperti syarat kelayakan, kadar bantuan yang diberikan dan cara permohonan di bawah untuk anda memohon bantuan ini. Sila kongsikan juga kepada mereka yang layak dan memerlukan.


Baca juga:

Info-Info Bantuan ๐Ÿ‘‰https://t.me/kerjasemasamalaysia 


PROGRAM KERJAYAGIG

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memperluaskan skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan pengangguran dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
  • Di bawah pakej PEMULIH, program ini juga diperluaskan untuk meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untuk golongan pengangguran tegar (lebih 180 hari)
  • Memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilized) dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
  • Menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig.

 

BANTUAN YANG TERSEDIA

  • Bayaran bulanan RM600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan
  • Insentif berjumlah RM200 secara one-off kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO

 

Sebarang Penempatan Pekerjaan di bawah Program KerjayaGig bermula dari 17 Mac 2021 adalah layak untuk memohon Insentif ini.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberi notis cuti tanpa gaji
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar  dengan PERKESO
  • Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan kelainan upaya (OKU), peserta program Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas penagih dadah, bekas panduan, Orang Diparol (ODP) dan sebagainya
  • Semua pekerja bagi program ini yang berusia 18-60 tahun

 

CARA PERMOHONAN

 

  • Permohonan telah dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga tarikh akhir 31 Disember 2021.
  • Log masuk melalui LAMAN WEB MYFUTUREJOBS dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri
  • Selepas Berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang Berjaya melalui LAMAN WEB PERKESO untuk memohon insentif Program KerjayaGig.
  •  
  • Dokumen yang diperlukan:

                 i.          Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri

                ii.          Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (Salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank)

               iii.          Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji

               iv.          E-mel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai Prgram ini, anda boleh terus rujuk di laman Soalan Lazim KerjayaGig ini.

 

Sumber: Belanjawan2021

Nota Penting: Kami dari pihak Info Media Semasa tidak akan bertanggungjawab atas komen-komen yang ditinggalkan pembaca kami. Segala jenis komen yang dapat menimbulkan isu atau kontroversi, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.




Post a Comment

Terima Kasih

emo-but-icon

Trending

Recent Posts Widget

Hot in week

item